Wednesday, January 9, 2019
Tuesday, January 8, 2019
JOM STUDY DI PMS
Pada bulan Oktober 2011, kampus Politeknik Muadzam Shah siap dibina dengan keluasan hampir 156 hektar dan proses perpindahan berlaku berperingkat-peringkat seiiring dengan peningkatan jumlah pelajar. Sehingga kini Politeknik Muadzam Shah mempunyai 5 jabatan induk dan 2 jabatan sokongan dengan menawarkan sebanyak 11 program. Diantara jabatan-jabatan tersebut adalah :
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi menawarkan program :
- Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
Jabatan Perdagangan menawarkan program :
- Diploma Akauntansi
- Diploma Pengajian Perniagaan
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti menawarkan program :
- Diploma Pengurusan Pelancongan
- Diploma Pelancongan Rekreasi
Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
- Diploma Rekabentuk Grafik
- Diploma Teknologi Media Cetak
Sehingga kini pelajar yang berdaftar di Politeknik Muadzam Shah telah mencecah hampir 2756 orang pelajar dan jumlah ini dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa disebabkan permintaan terhadap program yang ditawarkan masih lagi menjadi minat pelajar lepasan SPM untuk mendalami bidang teknikal. Selaras dengan kemajuan yang dikecapi, Politeknik Muadzam Shah telah dianugerahkan persijilan MS ISO 9001:2008 pada 6 Oktober 2009 oleh SIRIM QAS di dalam menghasilkan mutu pembelajaran dan pendidikan yang berkualiti.
FASILITI DAN KEMUDAHAN
KAMSIS / ASRAMA
Kamsis (Asrama) Politeknik Muadzam Shah menyediakan kemudahan penempatan bagi pelajar-pelajar PMS dengan memberi tumpuan menyediakan tempat tinggal yang kondusif dan selesa kepada semua pelajar yang mengikuti pengajian di PMS. Kamsis di PMS mempunyai 10 buah blok asrama yang mana 5 blok menempatkan pelajar lelaki manakala 5 blok lagi menempatkan pelajar perempuan yang mana setiap blok mampu menampung sehingga 360 orang pelajar dalam satu-satu masa.
Kemudahan kamsis ini bermatlamat untuk memberi kemudahan kepada mereka yang tinggal jauh dari PMS dan kepada semua pelajar yang berdaftar di PMS, layak untuk menduduki kamsis. Selain daripada itu, bagi kamsis pelajar perempuan pula, pengawal keselamatan ditempatkan bagi mengawal keselamatan pelajar perempuan daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
KEMUDAHAN DI KAMSIS PELAJAR
- Setiap aras tingkat dilengkapi dengan bilik mandi, bilik basuh dan tandas.
- Terdapat ruang untuk mengulangkaji pelajaran di setiap blok asrama.
- Setiap blok asrama juga disedikan mesin pencuci pakaian layan diri serta water cooler.
- Kantin terletak diantara blok-blok asrama yang memberi perkhidmatan dalam penyediaan makanan yang beroperasi dari jam 7.30 pagi sehingga 10.30 malam.
- Mini Koperasi PMS disediakan bagi kemudahan pelajar membeli keperluan harian.
- Wakaf didirikan di sekitar tasik bagi tujuan pelajar berbincang, mengulangkaji pelajaran dan beriadah.
- Pusat Islam terletak berhampiran dengan kamsis pelajar menjadi nadi penggerak kepada pelajar-pelajar muslim dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dan hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan.
Ruang bilik yang luas dapat memberikan keselesaan kepada pelajar untuk menimba ilmu
Bilik yang dilengkapi dengan katil, bantal, meja bacaan, kerusi serta almari.
Monday, January 7, 2019
AKU DAN PMS
LOGO PMS
Logo Politeknik Muadzam Shah diilustrasi berdasarkan seekor gajah dan dipilih berikutan PMS terletak di Negeri Pahangyang dikenali sebagai Negeri Tok Gajah. Logo ini mengilustrasikan huruf P dan M yang menunjukkan kepala, belalai dan badan gajah, manakala S adalah lingkaran merah sebagai singkatan pada nama Politeknik Muadzam Shah.
Maksud Logo Politeknik Muadzam Shah
Objek ini menggambarkan huruf M - Muadzam
Objek ini pula menggambarkan huruf S- Shah
Objek ini membawa maksud bahawa Politeknik Muadzam Shah merupakan Politeknik kedua yang terdapat di Negeri Pahang selepas Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
Objek ini menggambarkan huruf P - Politeknik
Significan daripada objek ini, menggambarkan gajah dengan belalai serta gadingnya.
Maksud Warna Logo Politeknik Muadzam Shah
Biru Tua - Melambangkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga Politeknik Muadzam Shah dan ianya juga menggambarkan kestabilan pengurusan di Politeknik. Ini adalah kerana Politeknik Muadzam Shah telah menggariskan penerapan nilai-nilai murni dalam aspek pentadbiran dan akademiknya seperti tanggungjawab, amanah, bekerja sebagai satu pasukan dan sentiasa mempunya sifat saling membantu dalam kalangan pelajar dan juga kakitangan.
Biru Muda - Melambangkan kedamaian dan keharmonian. Ini kerana politeknik ingin memupuk dan menanamkan sifat cintakan politeknik dalam kalangan kakitangan dan pelajar-pelajarnya. Politeknik Muadzam Shah ingin membentuk satu kumpulan yang dapat menaikkan dan mengharumkan nama politeknik di mata masyarakat Malaysia.
Kuning - Melambangkan sifat taat setia. Warga Politeknik Muadzam Shah diingat agar sentiasa taat dan setia serta patuh kepada Politeknik, Peraturan-Peraturan Politeknik, Disiplin Politeknik, Peraturan-Peraturan Am Kerajaan dan taat setia serta patuh kepada Kerajaan dan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Merah - Melambangkan kekuatan semangat. Politeknik Muadzam Shah ingin melahirkan warga politeknik yang mempunyai semangat dalam berbagai aspek seperti semangat berpasukan , semangat cintakan politeknik dan negara, semangat dalam menaikkan nama politeknik, semangat untuk belajar dan menjadi pelajar yang cemerlang dan bersemangat dalam apa jua aktiviti yang dijalankan.
Logo baru Politeknik Muadzam Shah (Rebranding) |
PENGENALAN
POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Diam tak diam, hampir 15 tahun aku di PMS. Banyak juga peristiwa dan pengalaman yang lucu dan sedih telah aku alami daripada sejak penubuhan PMS sehinggalah kini. Tujuan aku menulis adalah untuk menyimpan segala memori dan kenangan Aku bersama PMS serta masyarakat Muadzam Shah yang begitu baik sekali penerimaan mereka kepada ku daripada aku mula berhijrah ke sini sehinggalah ke hari ini.
LATARBELAKANG
Politeknik Muadzam Shah adalah Politeknik yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2003 dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ianya diletakkan dibawah pengurusan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia pada tahun 2005.
Pada awal penubuhannya, Politeknik Muadzam Shah (PMS) beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah. Sebuah bangunan sekolah 3 tingkat dan dua buah asrama telah dipinjamkan oleh pihak sekolah bagi permulaan operasi Politeknik Muadzam Shah.
Pada peringkat awalnya, hanya dua program yang ditawarkan iaitu Sijil Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Sijil Pengajian Perniagaan. Operasi politeknik semakin lama semakin berkembang dengan bertambahnya jumlah pelajar. maka pihak politeknik terpaksa menyewa Bangunan Galeri Ilmu melalui Majlis Daerah Rompin sebagai penempatan sementara bagi menempatkan Unit Pentadbiran, Kewangan dan Asrama Lelaki.
Peranan utama PMS ialah untuk menyediakan tenaga pekerja separa profesional dalam bidang antaranya Teknologi Maklumat & Komunikasi , Perdagangan, Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk & Komunikasi Visual dan juga bidang Pelancongan & Hospitaliti yang ditawarkan di peringkat Diploma kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijii Kolej Komuniti, Sijil Politeknik dan lain-lain lagi.
Memberi pendidikan dan latihan separa profesional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Perdagangan dan Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk & Komunikasi Visual dan Pelancongan & Hospitaliti bagi memenuhi tenaga kerja terlatih kepada negara kepada lepasan SPM dan yang setara dengannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)