Monday, January 7, 2019

PENGENALAN


POLITEKNIK MUADZAM SHAH


Diam tak diam, hampir 15 tahun aku di PMS. Banyak juga peristiwa dan pengalaman yang lucu dan sedih telah aku alami daripada sejak penubuhan PMS sehinggalah kini. Tujuan aku menulis adalah untuk menyimpan segala memori dan kenangan Aku bersama PMS serta masyarakat Muadzam Shah yang begitu baik sekali penerimaan mereka kepada ku daripada aku mula berhijrah ke sini sehinggalah ke hari ini.

LATARBELAKANG 

Politeknik Muadzam Shah adalah Politeknik yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2003 dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ianya diletakkan dibawah pengurusan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia pada tahun 2005. 

Pada awal penubuhannya, Politeknik Muadzam Shah (PMS) beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah. Sebuah bangunan sekolah 3 tingkat dan dua buah asrama telah dipinjamkan oleh pihak sekolah bagi permulaan operasi Politeknik Muadzam Shah.

Pada peringkat awalnya, hanya dua program yang ditawarkan iaitu Sijil Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Sijil Pengajian Perniagaan. Operasi politeknik semakin lama semakin berkembang dengan bertambahnya jumlah pelajar. maka pihak politeknik terpaksa menyewa Bangunan Galeri Ilmu melalui Majlis Daerah Rompin sebagai penempatan sementara bagi menempatkan Unit Pentadbiran, Kewangan dan Asrama Lelaki.

Peranan utama PMS ialah untuk menyediakan tenaga pekerja separa profesional dalam bidang antaranya Teknologi Maklumat & Komunikasi , Perdagangan, Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk & Komunikasi Visual dan juga bidang Pelancongan & Hospitaliti yang ditawarkan di peringkat Diploma kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijii Kolej Komuniti, Sijil Politeknik dan lain-lain lagi.

Memberi pendidikan dan latihan separa profesional dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Perdagangan dan Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk & Komunikasi Visual dan Pelancongan & Hospitaliti bagi memenuhi tenaga kerja terlatih kepada negara kepada lepasan SPM dan yang setara dengannya.





No comments:

Post a Comment